Selasa, 15 Mei 2012

THE MOST ROMANTIC WEDDING OUTDOOR PHOTO SHOOT



 PASANGAN DI RANKING YANG PERTAMA
                             Pasangan : HASRY & ELLY





Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan dan ahli keluarga pasangan ini  yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan majlis bersejarah mereka. Alhamdullillah...Segalanya berjalan lancar. Pasangan sangat happy dengan servis yang telah butik kami berikan. Kami sangat berbesar hati menerima pelbagai pujian dari mereka. Semasa sesi outdoor dijalankan kedua pasangan sangat sporting dan memberi kerjasama yang sangat baik. Mereka sangat spontan ketika berposing. BEST COUPLE EVER! Pasangan ini sempat berpesan kepada saya mereka ingin menebus kembali apa yang mereka tak dapat buat semasa majlis persandingan di Kedah pada minggu sebelumnya. Kebanyakan orang kagum dengan hasil gambar-gambar  yang telah kami rakamkan ini. Ramai yang bertanya di manakah lokasi shooting? Jawapan kami : "Biarlah rahsia" hanya kami dan pasangan pengantin ini saja tau bagaimanakah keadaan lokasi sebenar tempat berlangsungnya sesi pengambaran yang menakjubkan ini! 



PASANGAN DI RANKING YANG KEDUA
Pasangan : SAM & FONG





Percaya atau tidak Si pengantin perempuan telah berumur 40 lebih, dan Si pengantin lelaki hampir  60'an, bagi mereka umur hanya sebuah nombor, tidak bererti apa-apa, buktinya lihatlah mereka masih pantas beraksi romantik. Pasangan ini kami nobatkan sebagai survivor outdoor photo shoot kerana mereka memulakan sesi fotografi seawal jam 10 pagi dan terus dengan agenda betukar-tukar persalinan sebanyak 6 pasang kesemuanya. Kami selesai shooting persalinan yang terakhir jam 8 malam. MEREKA MEMANG WORLD CHAMPION! sanggup berpanas terik dan menahan diri dari dikerumuni mini drakula di Tasik Titiwangsa. Memang hebat! 


             PASANGAN DI RANKING YANG KETIGA
                                Pasangan : MEOR & SAB



Pasangan gila glamour yang serious gamble! Sejak azalinya mereka memang suka bergambar, kami akui semasa sesi pemilihan gambar berlaku sedikit ketamakan untuk memilih gambar yang terbaik, kerana telampau banyak sangat gambar yang terbaik of course! Sab : SHE REALLY AMAZING WOMAN! Dia sangat menghayati karektor semasa berposing, sangat lemah gemalai, tidak tercapai dek akal saya sab boleh begini dan begitu rupa. SANGAT MENGAGGUMKAN! Kebanyakan gambar-gambar mereka memang kesemuanya WOW-WOW BELAKA! Sampai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Meor : MEMANG SELAMBA CHAMRMING! kami suruh buat apa pun dia tersenyum jer. Alahai...SWEET COUPLE! Mc'Donald Seksyen 2 di Shah Alam menjadi saksi keselamber-gamblelan mereka ini hehe... 




PASANGAN DI RANKING YANG KEEMPAT
Pasangan : APIS & NANA




Pasangan ini pasangan paling unik kerana  mereka  mengenakan idea yang lain dari yang lain dari segi pemilihan warna baju, warna tema, design baju, design pelamin, jenis tudung dan juga lokasi sesi fotografi mereka. Lihatlah aksi-aksi mereka memanjat gunung kapur dengan memakai baju bersanding. Kami sangat kagum kerana kedua mereka tetap sudi mengukir senyuman manis walaupun penat setelah  selesai majlis persandingan. Kami lebih kagum lagi apabila mereka sudi meredah jalan tidak rata dan berbukit-bukit semasa sesi fotografi ini dijalankan. Mereka sedikit pun tidak merungut malah lebih bersemangat, dan sesi fotografi sangat rancak apabila mereka sanggup memanjat bukit kapur yang tinggi semata-mata untuk memperolehi angle yang cantik. Kata mereka : "KAHWIN SEUMUR HIDUP SEKALI" MEREKA MEMANG SUPER BRIDES AND GROOMS. Keunikan yang meraka bawakan ini menjadikan kami sentiasa mengingati sesi fotografi ini. Kenangan yang sangat manis dan pengalaman yang tak mungkin kami lupakan. 


Setiap majlis yang kami hadiri, membawa kami ke tahap yang mematangkan kami dalam industri perancang perkahwinan ini. bekas-bekas pelangan kami ibarat keluarga. Walaupun telah bertahun-tahun mereka melangsungkan majlis perkahwinan mereka tetap menjalinkan hubungan rapat dengan kami. Target kami bukan keuntungan tetapi memberi sebuah pengalaman sebagai ratu dan raja sehari yang sentiasa memberi inspirasi kepada semua orang. 











PERFECT WEDDING GUEST BOOK (ONLY RM 300)


Ini adalah di antara guestbook yang pernah kami design, harga sebuah guest book ni RM 300 sahaja (termasuk pre-wedding, baju, make-up, design, hard copy, dan photobooth) Tapi anda hanya akan mendapat harganya sekiranya anda mengambil pakej perkahwinan lengkap dari butik kami...berbaloi kan? Ala-ala perkahwinan artis! So sumer guest yang datang ke majlis  perkahwinan anda, selain dapat mengusya gambar-gambar pre-wedding anda yang meletop mereka juga dapat menandatangani dan memberikan ucapan di guest book ini. Guestbook yang classy lagi berkualiti ini mengandungi 20 muka surat

WE BRING FOR YOU ONLY THE BEST OF THE BEST!
Lets check it out! 















Ahad, 13 Mei 2012

CHECKLIST NIKAH : PERSIAPAN MAJLIS PERNIKAHAN YANG BETUL

Nak bernikah? Pastikan anda semak senarai checklist di bawah. Insyaallah...Semuanya akan berjalan dengan lancar dan jayanya. GOOD LUCK ;D



PERSIAPAN BAJU NIKAH

  1. Pilih warna tema yang diinginkan (NOTE : Pilihlah warna yang lembut, cerah seperti warna-warna pastel - Simbolik untuk menunjukan pernikahan itu lambang kesucian)
  2. Pilih fesyen baju yang anda inginkan (NOTE : Pastikan baju yang dipilih selesa, kemas, sopan dan menutup aurat)
  3. Berbincang dengan tukang jahit tentang fesyen yang anda telah pilih (NOTE : Material dan panjang kain yang diperlukan)
  4. NOTE : Catat semua di atas di dalam diary perkahwinan anda 
  5. Sesi membeli belah, NOTE : Untuk perempuan jangan lupa cari tudung/selendang yang seiya-sekata (sepadan) dengan warna baju anda, untuk lelaki beli sampin sekali - "Kalau rajin survey-surveylah dahulu, dan beli di tempat yang paling berpatutan harganya"
  6. Hantar material kain yang telah dibeli ke tukang jahit pilihan anda - NOTE : Hantar material kain 3 bulan sebelum majlis
  7. NOTE : Fitting kali terakhir sebelum mengambil baju
  8. NOTE : Hantar terus baju ke dobi untuk di dry clean
  9. SETTLE!!!  

PERSIAPAN PENGANTIN LELAKI
  1. Barang Kemas (sesi batal air sembahyang) & Mas Kahwin (ikut negeri @ tempat anda dinikahkan) 
  2. Grooming diri (potong rambut & kuku, cukur janggut,jambang,misai, bulu hidung) - "Pastikan anda bersih dan kemas yer! (gi jer kedai baber india, comfirm dicantas sumer yang tidak berkenaan)"
  3. Songkok & Kerongsang (untuk diletakan di songkok)
  4. Butang Baju Melayu & Sampin
  5. Kasut & Stokin
  6. Baju dalam (singlet putih)  & Seluar dalam (cotton & serap putih)
  7. Sapu Tangan/Tisu
  8. Perfumes/Deodoran
  9. Jam
  10. I/C & No. Tel Tok Kadi
  11. Upah Juru Nikah
  12. Bantal Nikah
  13. JANGAN LUPER AMBIK WUDUK SEBELUM AKAD NIKAH!!!

PERSIAPAN PENGANTIN PEREMPUAN
  1. Wali 
  2. Juru Make-up - Kalau boleh ambiklah juru make-up yang berjantina perempuan asli - PROMOT-PROMOT MAKE-UP NIKAH SAHAJA RM 380 BERSERTA FULL TOUCH-UP (maknanya juru make-up akan jaga anda sehingga majlis selesai)
  3. Grooming diri - Lakukan rawatan pengantin (seperti : facial, sauna, lulur, mandi bunga, manicure, pedicure, urutan seluruh badan, rawatan rambut & kulit kepala) - PROMOT-PROMOT : RAWATAN PENGANTIN BERSERTA HENNA ART DI RUMAH ANDA SENDIRI HANYA RM 350 BY PN.NABILA "Anda akan dilayan seperti puteri" 
  4. Aksesori kepala, Rantai, Kerongsang Tudung (spare 3-4 - beli yang 4=RM10)
  5. Veil & Tudung, Anak Tudung
  6. Kasut & Stokin
  7. Baju dalam (Push-up)  & Seluar dalam (Tight yang jenis ader padding kat bahagian punggung)
  8. Sapu Tangan/Tisu
  9. Perfumes/Deodoran
  10. Jam
  11. I/C & No. Tel Tok Kadi
  12. Pengapit (at least 2 orang)
  13. Bantal Nikah
  14. Bunga tangan
  15. Cincin untuk bakal suami tercinta - tak wajib pun, untuk simbolik semata-mata
  16. JANGAN LUPER AMBIK WUDUK SEBELUM AKAD NIKAH!!!
OK BOLEH BERNIKAH DAH!!! HEHE...YEAH!!!