Selasa, 15 Mei 2012

THE MOST ROMANTIC WEDDING OUTDOOR PHOTO SHOOT



 PASANGAN DI RANKING YANG PERTAMA
                             Pasangan : HASRY & ELLY





Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan dan ahli keluarga pasangan ini  yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan majlis bersejarah mereka. Alhamdullillah...Segalanya berjalan lancar. Pasangan sangat happy dengan servis yang telah butik kami berikan. Kami sangat berbesar hati menerima pelbagai pujian dari mereka. Semasa sesi outdoor dijalankan kedua pasangan sangat sporting dan memberi kerjasama yang sangat baik. Mereka sangat spontan ketika berposing. BEST COUPLE EVER! Pasangan ini sempat berpesan kepada saya mereka ingin menebus kembali apa yang mereka tak dapat buat semasa majlis persandingan di Kedah pada minggu sebelumnya. Kebanyakan orang kagum dengan hasil gambar-gambar  yang telah kami rakamkan ini. Ramai yang bertanya di manakah lokasi shooting? Jawapan kami : "Biarlah rahsia" hanya kami dan pasangan pengantin ini saja tau bagaimanakah keadaan lokasi sebenar tempat berlangsungnya sesi pengambaran yang menakjubkan ini! 



PASANGAN DI RANKING YANG KEDUA
Pasangan : SAM & FONG





Percaya atau tidak Si pengantin perempuan telah berumur 40 lebih, dan Si pengantin lelaki hampir  60'an, bagi mereka umur hanya sebuah nombor, tidak bererti apa-apa, buktinya lihatlah mereka masih pantas beraksi romantik. Pasangan ini kami nobatkan sebagai survivor outdoor photo shoot kerana mereka memulakan sesi fotografi seawal jam 10 pagi dan terus dengan agenda betukar-tukar persalinan sebanyak 6 pasang kesemuanya. Kami selesai shooting persalinan yang terakhir jam 8 malam. MEREKA MEMANG WORLD CHAMPION! sanggup berpanas terik dan menahan diri dari dikerumuni mini drakula di Tasik Titiwangsa. Memang hebat! 


             PASANGAN DI RANKING YANG KETIGA
                                Pasangan : MEOR & SAB



Pasangan gila glamour yang serious gamble! Sejak azalinya mereka memang suka bergambar, kami akui semasa sesi pemilihan gambar berlaku sedikit ketamakan untuk memilih gambar yang terbaik, kerana telampau banyak sangat gambar yang terbaik of course! Sab : SHE REALLY AMAZING WOMAN! Dia sangat menghayati karektor semasa berposing, sangat lemah gemalai, tidak tercapai dek akal saya sab boleh begini dan begitu rupa. SANGAT MENGAGGUMKAN! Kebanyakan gambar-gambar mereka memang kesemuanya WOW-WOW BELAKA! Sampai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Meor : MEMANG SELAMBA CHAMRMING! kami suruh buat apa pun dia tersenyum jer. Alahai...SWEET COUPLE! Mc'Donald Seksyen 2 di Shah Alam menjadi saksi keselamber-gamblelan mereka ini hehe... 




PASANGAN DI RANKING YANG KEEMPAT
Pasangan : APIS & NANA




Pasangan ini pasangan paling unik kerana  mereka  mengenakan idea yang lain dari yang lain dari segi pemilihan warna baju, warna tema, design baju, design pelamin, jenis tudung dan juga lokasi sesi fotografi mereka. Lihatlah aksi-aksi mereka memanjat gunung kapur dengan memakai baju bersanding. Kami sangat kagum kerana kedua mereka tetap sudi mengukir senyuman manis walaupun penat setelah  selesai majlis persandingan. Kami lebih kagum lagi apabila mereka sudi meredah jalan tidak rata dan berbukit-bukit semasa sesi fotografi ini dijalankan. Mereka sedikit pun tidak merungut malah lebih bersemangat, dan sesi fotografi sangat rancak apabila mereka sanggup memanjat bukit kapur yang tinggi semata-mata untuk memperolehi angle yang cantik. Kata mereka : "KAHWIN SEUMUR HIDUP SEKALI" MEREKA MEMANG SUPER BRIDES AND GROOMS. Keunikan yang meraka bawakan ini menjadikan kami sentiasa mengingati sesi fotografi ini. Kenangan yang sangat manis dan pengalaman yang tak mungkin kami lupakan. 


Setiap majlis yang kami hadiri, membawa kami ke tahap yang mematangkan kami dalam industri perancang perkahwinan ini. bekas-bekas pelangan kami ibarat keluarga. Walaupun telah bertahun-tahun mereka melangsungkan majlis perkahwinan mereka tetap menjalinkan hubungan rapat dengan kami. Target kami bukan keuntungan tetapi memberi sebuah pengalaman sebagai ratu dan raja sehari yang sentiasa memberi inspirasi kepada semua orang. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan